ISMAIL AL-FARUQI

Posted: December 9, 2010 in Tokoh-Tokoh Islam

Ismail Raji Al-Faruqi lahir pada Januari 1921 di Jaffa, Palestin. Ayah beliau, Abdul Huda al-Faruqi seorang kadi yang alim. Ismail mendapat pendidikan  awal daripada ayahnya di rumah dan pendidikan Islam tradisional di Masjid berdekatan. Pada tahun 1936, beliau belajar di French Dominican College Des Freres (St Joseph), Palestin.

Pada tahun 1938, beliau berpindah ke Beirut, Lebnon. Di sana, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda di Universiti Amerika Beirut pada tahun 1941. Selepas bergelar graduan, beliau bekerja sebagai pendaftar di bawah pemerintahan British di Jurusalem pada tahun 1942. Pada tahun 1945, beliau dilantik menjadi Gabenor di Galilee pada usia 24 tahun.

BERHIJRAH KERANA PERPECAHAN UMAT

Semasa penaklukan Yahudi di Palestin pada tahun 1948, beliau berpindah ke Lebanon dan kemudian ke Amerika Syarikat kerana kecewa dengan perpecahan umat yang berlaku di Palestin. Di Amerika Syarikat, beliau menyambung pengajian di Universiti Indiana, Bloomington dengan mengambil Ijazah Sarjana dalam bidang falsafah pada tahun 1949. Selepas itu, beliau diterima menyambung pelajaran ke Universiti Harvard  dan memperoleh ijazah Sarjana kedua beliau pada tahun 1951.

Berbekalkan pendapatan sebagai penterjemah di American Council Of Learned Societies, beliau membuka perniagaan sebagai kontraktor bangunan. Namun, beliau akhirnya kembali ke dunia akademik. Beliau menggunakan tesis sarjana beliau di Universiti Harvard bagi memperoleh ijazah Doktor Falsafah di Universiti Indiana pada tahun 1952 dalam bidang Falsafah Barat.

MENDALAMI ISLAM

Pada tahun 1954, Ismail dan isterinya berpindah  ke Mesir bagi mendalami bidang pengajian Islam di university Al-Azhar, Mesir di mana beliau memperolehi  ijazah kedoktoran falsafah keduanya pada tahun 1958. Dengan pengetahuan mendalam di bidang pemikiran Islam dan Barat, beliau ditawarkan jawatan sebagai penyelidik di Institut Pengajian Islam, Universiti Mc Gill, Montreal pada tahun 1958. Beliau juga pernah mengajar di  Institut Penyelidikan Islam, Karachi, Pakistan (1961-1963) dan Institut Pengajian Tinggi Arab, Universiti Mesir. Beliau dikurniakan gelaran Prof Madya pada tahun 1964 di Universiti Syracuse. Beliau juga pernah bekerja secara kontrak di Universiti Chicago, Amerika Syarikat sebagai Profesor Pelawat dan mengajar dalam bidang sejarah agama.

Ismail Al-Faruqi mengabadikan  dirinya kepada dunia akademik sebagai professor di Universiti Tampel dimana dia mengasaskan program Pengajian Islam di sana pada tahun 1968 hingga beliau meninggal dunia. Beliau terkenal sebagai seorang ahli falsafah dalam perbandingan agama.

SUMBANGAN DALAM BIDANG PERBANDINGAN AGAMA

Sepanjang pengelibatannya dalam dunia akademik, Ismail al-Faruqi menulis lebih daripada 100 artikel di dalam jurnal dan majalah disamping 25 buah buku. Antara buku-buku karya beliau  yang masyhur adalah Kristian Ethics: A Historical and Systematic Analaysis Of Its Diminant Ideas dan Trialogue Of The Abrahamic Faiths. Beliau turut menjadi ahli sidang redaksi kepada tujuh jurnal terkemuka dunia.

Dalam pada itu, beliau telah menubuhkan Islamic Studies Group Of The Amarican Academy Of Relegion yang dipengerusikannya selama 10 tahun. Beliau juga adalah Naib Presiden Kolokium Keamanan Antara Agama (1977-1982) dan Presiden Kolej Islam Amerika di Chicago. Beliau turut memimpin Pertubuhan Mahasiswa Muslim Dan Pertubuhan Ilmuwan Sosial Muslim dan Islamic Assembly Of North America.

Sekitar tahun 1970-an, Ismail al-Faruqi menjadi  jurubicara Muslim yang utama dalam dialog antara agama. Beliau bergiat secara aktif dalam mengetengahkan prinsip serta dasar Islam secara ilmiah dalam perbincangan dan perdebatan antara agama.

USAHA ISLAMISASI PENGETAHUAN

Beliau adalah antara yang paling awal mengusulkan idea “Islamisasi  Ilmu Pengetahuan” dan salah seorang pengasas International Institute of Islamic Thought (IIIT) bersama dengan Sheikh Taha Jabir Al-Alwani, Dr Abd Hamid Sulayman, Jamal Barzinji dan Anwar Ibrahim pada tahun 1980. Visi beliau bersama IIIT adalah bagi mengislamisasikan disiplin ilmu kentemporari melalui seminar dan penerbitan. Beliau turut menyuarakan keperluan mengislamisasikan ilmu sains social.

Beliau adalah perintis dalam perkembangan pengajian Islam di Amerika. Usaha beliau banyak tertumpu kepada menggabung jalin pandangan dunia Islam dengan kaedah saintifik, terutamanya bidang sains sosial dan kemanusiaan. Tulisan dan aktivitinya mencerminkan tekadnya bagi melakukan perubahan dalam masyarakat Muslim dunia generasi kini dan akan datang. Idea-idea beliau banyak dipengaruhi olehpemikiran Mohd Abduh dan Muhammad Iqbal.

KEMATIAN YANG TRAGIS

Ismail al-Faruqi meninggal akibat serangan seseorang di rumahnya di Pennisylvania pada 24 Mei 1986. Beliau dan isteri meninggal akibat tikaman penyerang tersebut. Menurut laporan, beliau adalah mangsa pecah rumah. Namun sesetengah pihak lain menganggap ia adalah satu pembunuhan yang dirancang.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s