PUISI SUAMI DAN ISTERI………..

Posted: May 16, 2011 in Puisi

Puisi cinta suami dan isteri………..

Istriku………

Jika engkau bumi, akulah matahari
Aku menyinari kamu
Kamu mengharapkan aku
Ingatlah bahtera yang kita kayuh, begitu penuh riak gelombang
Aku tetap menyinari bumi, hingga kadang bumi pun silau
Lantas aku ingat satu hal
Bahwa Tuhan mencipta bukan hanya bumi, ada planet lain yg juga mengharap aku sinari
Read the rest of this entry »

TAWASUL

Posted: April 5, 2011 in Kisah Semasa

BERSAMA MENUJU MAHABBAH

TAWASSUL SAIDINA UMAR DENGAN AL ABBAS

Kisah masyhur ini penting untuk kita renungi secara khusus kerana ada di sana mereka yang mendakwa bahawa ia hanya dalil membolehkan tawassul dengan seorang yang masih hidup. Manakala bertawassul dengan seorang yang telah mati dikatakan salah dan membawa kepada syirik.
Diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam Sohihnya, daripada Anas RA berkata: “Bahawa Umar ibn al Khattab RA apabila mereka ditimpa kemarau, beliau meminta diturunkan hujan dengan kemuliaan Abbas ibn Abdul Muttalib RA, dengan doanya: “Ya Allah! Sesungguhnya kami dahulu sering bertawassul dengan kemuliaan NabiMu, maka Engkau menurunkan hujan kepada kami. Sekarang, kami bertawassul pula dengan bapa saudara nabi kami, maka turunkanlah hujan kepada kami.” Read the rest of this entry »

TARIKAT

Posted: March 30, 2011 in Kisah Semasa

Tarikat adalah salah satu amalan keagamaan dalam Islam yang sebenarnya sudah ada semenjak dari zaman Nabi Muhammad SAW. Bahkan, kehidupan beliau sehari-hari adalah amalan kehidupan rohani yang dijadikan rujukan utama oleh para pengamal tarikat dari generasi ke generasi sampai sekarang. Read the rest of this entry »

SUNNAH RASULULLAH

Posted: March 25, 2011 in Kisah Semasa

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: ‘Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ‘ (Riwayat Tarmidzi)
Read the rest of this entry »

FIZIKAL NABI

Telah dikeluarkan oleh Ya’kub bin Sufyan Al-Faswi dari Al-Hasan bin Ali ra. katanya: Pernah aku menanyai pamanku (dari sebelah ibu) Hind bin Abu Halah, dan aku tahu baginda memang sangat pandai mensifatkan perilaku Rasulullah SAW, padahal aku ingin sekali untuk disifatkan kepadaku sesuatu dari sifat beliau yang dapat aku mencontohinya,
Read the rest of this entry »



Saat kau bangun di pagi hari,
Aku memandangmu dan berharap engkau akan berbicara
kepadaKu, bercerita, meminta pendapatKu, mengucapkan
sesuatu untukKu
walaupun hanya sepatah kata…
Read the rest of this entry »

NABI HUD A.S

Posted: February 25, 2011 in Kisah Nabi-Nabi

“Aad” adalah nama bapa suatu suku kaum yang hidup di Jazirah Arab di suatu tempat bernama “Al-Ahqaf” terletak di utara Hadramaut antara Yaman dan Amman dan termasuk suku yang tertua sesudah kaum Nabi Nuh serta terkenal dengan kekuatan jasmani dalam bentuk tubuh-tubuh yang besar dan sasa. Mereka dikurniai oleh Allah s.w.t. tanah yang subur dengan sumber-sumber airnya yang mengalir dari segala penjuru sehinggakan memudahkan mereka bercucuk tanam untuk bahan makanan mereka dan memperindah tempat tinggal mereka dengan kebun-kebun bunga yang indah-indah. Berkat kurnia Allah s.w.t. itu mereka hidup menjadi makmur, sejahtera dan bahagia serta dalam waktu yang singkat mereka berkembang biak dan menjadi suku yang terbesar diantara suku-suku yang hidup di sekelilingnya.

Read the rest of this entry »