Umar Mukhtar (Singa Di Padang Pasir)

Posted: November 26, 2010 in Tokoh-Tokoh Islam

Lahir pada tahun 1862 di sebuah perkampungan Janzur di timur Libiya. Nama penuh beliau Umar Al Mukhtar Bin Umar Al Manifi, daripada keturunan Farhat yang beraliran sufi Al-Sanusiyah. Ayah dan Ibu meninggal ketika beliau berumur 16 tahun. Beliau kemudiannya dipelihara oleh seorang guru yang alim di kampungnya dan membesar dalam suasana didikan agama.

PENDIDIKAN

Beliau mendapat pendidikan awal dikampungnya, kemudian beliau melanjutkan pengajian menengah di Bandar Al Jaghbub, kira-kira 500 kilometer dari ibu negara Libya,Tripoli. Selama 8 tahun beliau berguru dengan ulamak-ulamak terkenal seperti Sayyid alMahdi as-sanusi. Beliau belajar ilmu-ilmu agama, bahasa arab serta menghafaz alquran. Beliau adalah seorang pelajar yang pintar dan berdisiplin.

Umar menghafaz al-quran sejak kecil dan sering mengkhatamkannya secara berulang setiap minggu. Menjelang umur 20an beliau dikenali sebagai orang yang berani, petah dan bijaksana. Pendapat dan nasihat beliau menjadi rujukkan penduduk setempat. Beliau juga turut berjaya menyatupadukan puak-puak yang bertelagah.

Selepas menamatkan pengajian agamanya, beliau dilantik menjadi pengetua di sekolah al-Zawiyah al Qasur di Jabal al-ahdhar, Tenggara Libya. Kemudian, beliau dijemput ke Sudan bagi menjadi pengetua sekolah di sana sehingga tahun 1903

MENENTANG PENJAJAHAN

Ketika Barat sedang rancank menjajah tanah Empayar Othmaniah pada tahun 1899, Umar Berjaya menyatukan rakyat Libya dan menubuhkan Banu Sanus bagi menentang penjajahan Perancis di Sempadan Sudan. Pada masa itu, beliau baru berusia sekitar 30an. Apabila Itali masuk ke Libya pada tahun 1921, Umar sekali lagi mengumpulkan pejuang-pejuang muda bagi menghadapi penjajah.

Ramai dari kalangan pemimpin Negara dan Ulamak lari atau berpaling tadah dan menjadi boneka penjajah. Namun tawaran harta dan  pangkat oleh penjajah Itali tidak langsung menggugat azam beliau untuk membebaskan negaranya. Bahkan, pada tahun 1915, tentera Itali malu besar apabila ribuan tenteranya berjaya dibunuh di dalam peperangan di Al-Gherthabiyah berhampiran Sirt. Kebolehan Umar di dalam mengatur strategi perang di padang pasir dikagumi sehingga digelar jolokkan “Lion Of The Desert” ‘Singa Padang Pasir’.

Akhirnya, tentera Itali cuba mengusir beliau ke daerah lain. Namun, usaha ini juga gagal,. Beliau meneruskan penentangan walaupun usia beliau sudah menjangkau 70an. Sepanjang lebih 20 tahun daripada usia beliau menentang penjajahan. Lebih daripada 1000 pertempuran yang beliau ikuti. Pada tahun  1922, Itali mengambil pendekatan untuk melumpuhkan tentera islam dengan mengadakan sekatan bekalan dan bantuan luar dengan merentang kawat berduri sejauh 300 kilometer setinggi 2 meter. Ribuan rakyat hidup menderita.

Oleh kerana kekurangan bekalan, bilangan pejuang Islam semakin berkurangan dan terpaksa bertahan di kawasan pergunungan. Namun walaupun tentera Islam jauh kurang berbanding tentera Itali yang lengkap bersenjata moden, Umar tetap meneruskan pejuangannya dalam usia mencecah 80an. Selepas melalui beberapa siri peperangan, akhirnya beliau Berjaya ditahan oleh tentara Itali dan dibawa ke kubu musuh di Bandar Suluq.

Semasa soal siasat, pegawai tentera terpegun dengan keberanian Umar berhadapan dengannya walaupun dirantai dan cedera parah. Beliau tidak sedikit pun gentar menjawab setiap pertanyaan pegawai itu. Malah sebaliknya pegawai itu yang gentar berhadapan dengan Umar.

SYAHID DI TALI GANTUNG

Umar dihukum gantung oleh mahkamah tentera Itali pada September 1931 di Kota Suluq. Hingga ke akhir hayatb beliau tidak mahu tunduk kepada penjajah. Apabila panglima tentera Itali menawarkan pembebasan dengan syarat beliau mematuhi segala arahan, beliau berkata “ Aku Tidak Akan Berhenti Menentang Kamu, Sehingga Kamu Meninggalkan Tanah Airku, Ataupun Hingga Aku Mati. Aku Bersumpah Kepada Allah Yang Maha Mengetahui Sesuatu Di Dalam Hati Manusia, Sekiranya Bukan Kerana Tanganku Diikat Sebegini, Pasti Aku Akan Tetap Melawanmu Dengan Tangan Kosong, Biarpun Dalam Keadaan Tua Begini”.

Beliau turut menyeru kepada rakyat Libya yang hadir disitu denga berkata “ Kita Tidak Akan Menyerah Dengan Mudah Kepada Pihak Musuh, Kerana Samada Kita Menang Ataupun Mati, Ini Bukan Penghujung Perjuangan Kita. Bahkan Kamu Semua Juga Akan Menghadapi Peperangan Demi Peperangan. Sekiranya Kamu Gugur, Ia Akan Berterusan Oleh Generasi Selepas Kamu.”

Pembunuhanannya di tali gantung menyemarakkan semangat rakyat Libya dan pemberontakan terus tercetus di Afrika Utara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s