SYEKH IDRIS AL-MARBAWI

Posted: November 30, 2010 in Tokoh-Tokoh Islam

Mohd Idris Bin Abdul Rauf al Marbawi atau lebih dikenali dengan panggilan Idris al-marbawi, seorang ulamak terkenal di Nusantara,Mesir Dan Mekkah. Beliau terkenal dengan kefahaman dalam ilmu bahasa arab, ilmu hadis tafsir dan fikah.

Mohd Idris dilahirkan pada tahun 1893 di Mekkah. Keluarganya berpindah dan pulang semula ke Malaysia pada tahun 1913. Pada usianya 10 tahun, beliau telah Berjaya menghafal 17 juzuk Quran dan beberapa buah kitab. Ketajaman fikiran beliau membuktikan beliau tergolong di dalam kelompok manusia yang cerdik pandai.

PENDIDIKAN

Mohd Idris mendapat pendidikan secara formal di Sekolah Melayu Lubuk Merbau, Perak. Beliau juga belajar di beberapa buah pondok seperti Sekolah Pondok Syekh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Pondok Tuan Hussin Masudi di Kedah, Pondok Syekh Ahmad Fatani di Bukit Mertajam dan Pondok Tok Kenali Kelantan. Ilmu agama yang dipelajarinya itu menjadikan beliau seorang yang faqih dalam ilmu agama.

KERJAYA

Selepas Mohd Idris menamatkan pengajian di beberap;a buah pondok itu, beliau ditawarkan kerja sebagai guru agama di salah sebuah sekolah di Perak. Pada waktu itu juga belau berkahwin dengan gadis pilhannya sendiri. Kemudian pada tahun 1924 , beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir. Kepandaian beliau terserlah apabila beliau Berjaya memperoleh pencapaian tertinggi di Universiti tersebut.

Semasa berada di Universiti, beliau melihat masaalah dalam kalangan pelajar melayu yang sukar untuk bertutur dan memahami bahasa arab. Beliau mengambil langkah dengan menyusun sebuah kamus arab-melayu bersama-sama dengan lima orang rakan beliau yang lain. Namun pada pertengahan jalan dalam penulisan kamus itu, seorang demi seorang rakan-rakannya  menarik diri.

Penarikan diri rakan-rakannya tidak mematahkan semangatnya dalam menerbitkan kamus arab-melayu. Berkat usahanya yang gigih pada tahun 1927 sebuah kamus arab-melayu telah berjaya diterbitkan dengan judul Qamus al-Marbawi. Kamus ini telah mendapat sambutan ramai sehingga penerbitnya terpaksa mengulang cetak berpuluh-puluh kali.

SUMBANGANNYA DI DALAM BIDANG PENULISAN

Kejayaan dalam menghasilkan kamus arab-melayu itu adalah batu loncatan bagi dirinya terlibat secara aktif dalam penghasilan karya-karya ilmiah yang lain. Karya yang memberi sumbangan penting dalam pengajian Hadis di Malaysia adalah kitab Bahr al-Mazi. Kitab ini adalah ringkasan kepada Sunan At –Tirmizi. Kitab ini menghuraikan hadis dalam bentuk Fiqah, Tasawuf, Akidah Dan Muamalat. Kitab ini menggunakan tulisan jawi yang terbesar dan ia antara kitab terawal diterbitkan dalam kalangan orang Melayu.

Beliau juga menterjemahkan kitab Bulugh Al- Maram. Kitab itu adalah karya asal seorang tokoh Hadis yang bernama Ibnu Hajar Al-Asqalany. Kitab ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Selain itu, beliau juga terlibat di dalam menghasilkan Tafsir Surah Yaasin, Tafsir Al-Quran Al-Marbawi, Tafsir juz Amma, tafsir Al-Fatihah, Tafsir Al-Quran Nur al-Yakin, Terjemahan Tafsir Fath Al-Qadir dan penulisan karya yang bertajuk Quran Bergantung Makna.

Beliau juga menulis dalam  bidang Fiqah, Akidah dan Falsafah. Antara karya beliau yang terkenal adalah Kitab Nizam Al-Hayah, Kitab Pati Hukum-Hukum Ibadah, Kitab Usul Islam Pada Membicarakan Mengambil Air Sembahyang, Ensiklopedia Kamus Segala Ilmu, Punca Agama. Perbendaharaan Ilmu Dan Lain-Lain.

Sumbangan besarnya dalam bidang agama dan persuratan Arab-Melayudiiktiraf oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah dianugerahkan ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada 5 Julai 1980. Kemudian pada 1 Muharram 1408 Hijrah Syekh Mohd Idris Bin Abdul Rauf al Marbawi telah dianugerahkan dengan gelaran Tokoh Maal Hijrah 1408.

Sumbangannya itu menyebabkan namanya dikenang hingga ke hari ini. Nama beliau diabadikan di salah sebuah kolej yang terdapat di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kolej itu diberi nama Kolej Idris  al Marbawi. Sekolah pertama tempat beliau belajar dahulu juga mengambil sempena nama beliau iaitu Sekolah Kebangsaan Syekh Mohd Idris  al Marbawi meninggal dunia pada usia 96 tahun di Hospital Besar Ipoh. Jenazah beliau dikebumikan di Kampung Lubuk Merbau, Perak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s