AHMAD DEEDAT

Posted: December 8, 2010 in Tokoh-Tokoh Islam

Nama sebenar beliau ialah Ahmad Hussein Deedat , di lahirkan pada 1 Julai 1918 di Surat, India. Beliau lahir dalam sebuah keluarga yang miskin. Pada tahun 1927, beliau berhijrah ke Afrika Selatan untuk tinggal bersama ayah beliau.

HIKMAH DISEBALIK PENGHINAAN

Oleh kerana dibelenggu kemiskinan, beliau tidak mampu mendapat pendidikan secara formal sebagaimana kanak-kanak lain seusianya. Namun, semangat untuk belajar dalam diri beliau begitu membara. Pada usia 9 tahun beliau mula belajar bahasa Inggeris secara formal . Apabila beliau masuk ke sekolah, beliau berjaya menjadi cemerlang dalam akademik.

Oleh kerana kekurangan wang, beliau terpaksa bekerja dalam usia 16 tahun. Pada tahun 1936, semasa beliau bekerja disebuah kedai buku yang menjual kitab-kitab agama. Satu peristiwa penting telah berlaku pada ketika itu yang mana sekumpulan missionari keristian telah menghina beliau.

Penghinaan itu telah mengubah kehidupan beliau sehingga Deedat bersemangat mahu menyanggah propaganda pelatih-pelatih messionari apabila bertemu lagi pada masa hadapan. Dengan izin Allah,  beliau menemui sebuah kitab Izharal Haq yang menerangkan teknik-teknik yang digunakan oleh orang Islam India untuk menghadapi Missinari Kristian di sana.

 

Buku tersebut menjadi inspirasi kepada beliau untuk berhadapan dengan messionari Kristian yang datang ke kedai tempat beliau bekerja. Daripada buku inilah beliau mempelajari teknik berdebat. Seterusnya, beliau membeli kitab Injil Kristian untuk mengkaji kelemahan-kelemahan kitab tersebut. Usaha beliau Berjaya dan setiap hujah pelatih messionari Kristian yang berhadapan dengan beliau berjaya  dipatahkan.

 

Lama-kelamaan, beliau bukan sahaja Berjaya berhadapan dengan pelatih messionari, bahkan pelatih messionari dan paderi di sekitar kawasan tempat tingga beliau merasa terancam dengan kebolehan Deedat  berhujah. Pengetahuan beliau berkaitan dengan agama Kristian dan kebolehannya memetik ayat-ayat di dalam Kitab Injil menjadikan beliau seorang pendebat yang digeruni oleh lawan.

 


Menyedari kebolehan yang Allah kurniakan bagi beliau dalam mematahkan dakyah-dakyah Kristian, pada tahun 1942, beliau bersyarah kepada kelompok manusia dalam jumlah yang kecil dan lama kelamaan hingga jumlah hadirin yang mendengarnya berjumlah ribuan orang di seluruh dunia.

 

SUMBANGAN DALAM DAKWAH

Sebagai seorang sarjana didalam perbandingan agama, beliau bukan sahaja menyampaikan syarahan-syarahan umum, malah beliau juga mengajar kelas yang mengkaji kandungan-kandungan kitab injil. Selain itu beliau juga menulis buku dalam pelbagai topik dakwah termasuk Kristianisasi dan konflik Arab-Israil. Jumlah lebih 20 buah karya Berjaya diterbitkan dan jutaan naskhah buku beliau diedarkan secara percuma. Antara buku beliau yang terkenal ialah The Choice,

 

Deedat dan rakan-rakan beliau telah menubuhkan Islamic Propagation Center International (IPCI) bagi tujuan dakwah. Di atas sumbangan beliau dalam penyebaran dakwah, beliau dikurniakan Anugerah King Faisal pada tahun 1986.

 

MENDERITA LUMPUH

Pada bulan Mei 1996, beliau mengalami strok. Akibat daripada penyakit tersebut, tubuh beliau menjadi lumpuh. Selepas 9 tahun menderita, pada Ogos 2005 beliau telah meninggal dunia di rumah beliau Verulam, Afrika Selatan.

 

Petikan Dari : 50 Tokoh Islam Yang Mengubah Dunia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s