Nabi Yahya AS

Posted: December 9, 2010 in Kisah Nabi-Nabi

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai Yahya  ambillah al-kitab(Taurat) itu dengan bersungguh-sungguh dan kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih kanak-kanak. Dan kami anugerahkan pula kepadanya rasa belas kasihan yang mendalam dari sisi kami dan kesucian daripada dosa dan ia adalah seorang yang bertakwa.

“Dan seorang yang berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya dan bukanlah dia seorang yang sombong lagi derhaka. Kesejahteraan baginya pada hari dia dilahirkan dan pada hari dia meninggal dan pada hari dia dibangkitkan semula.”

Ayat  alquran itu menceritakan mengenai Nabi Yahya AS. Beliau dilahirkan berkat doa bapanya Nabi Zakariah AS kepada Allah SWT, yang teringin sangat menimang anak dan untuk dijadikan pewaris.

Doa bapanya yang bermaksud : “Ya Tuhanku, berilah aku seorang putera yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian daripada keluarga Yaakub AS yang akan meneruskan pimpinan dan tuntuanku kepada Bani Israil.

 

“Aku bimbang sepeninggalanku, anggota keluargaku akan rosak kembali akidah dan imannya kerana tiada pengganti yang akan meneruskan ajaranku.

“Wahai Tuhanku, tulangku sudah lemah dan kepalaku sudah dipenuhi uban, sedangkan isteriku seorang perempuan yang mandul, namun kekuasaan mu diatas segala kekuasaan dan aku tidak jemu berdoa kepada mu, memohon rahmatMu mengurniakan kepadaku seorang anak yang soleh”

Allah SWT memperkenankan doa Nabi Zakariah AS menerusi ayat yang bermaksud “ Wahai Zakariah kami member khabar gembira kepada mu, kamu memperolehi seorang putera yang bernama Yahya yang soleh yang membenarkan kitab Allah.

Kisah Nabi Yahya tidak banyak diceritakan di dalam Alquran. Tetapi beliau digambarkan sebagai seorang yang bijak, terkenal, berhati mulia, bertakwa dan sering melakukan ibadah sejak dari kanak-kanak lagi.

Apabila dewasa baginda menjadi rujukkan kaumnya mengenai agama dan berbagai perkara penting yang lain.

Namun pada ketika itu, ada seorang raja yang bernama Horidus yang menguasai Palestin dan mencintai anak tirinya sendiri yang bernama Horodia. Gadis itu memang cantik dan menjadi kegilaan semua pemuda sehingga Horidus tidak dapat menahan nafsunya.

Seluruh keluarga merestui perhubungan itu dan majlis perkahwinan pun dirancang. Nabi Yahya membantah kerana waktu itu hokum Allah SWT melarang perkahwinan dengan anak tiri sendiri.

Bahkan beliau telah mengeluarkan fatwa, bahawa perkahwinan tersebut tidak sah kerana bertentangan dengan Syariat Allah yang mengharamkan perkahwinan dengan anak tiri.

Perkara tersebut menjadi buah mulut masyarakat dan menimbulkan perasaan tidak puas hati Hirodia kerana khuatir jika larangan tersebut membantutkan hasratnya untuk berkahwin dengan raja.

Hirodia bimbang calon suaminya terpengaruh dengan kata-kata Nabi Yahya AS dan perkahwinan yang dirancang tidak berjaya dilaksanakan. Justeru dia merancang mempengaruhi bakal suaminya untuk membunuh Nabi Yahya AS.

Dia menggunakan kecantikan yang dimiliki untuk mempengaruhi Horidus dalam usaha membunuh Nabi Yahya AS dengan mengenakan pakaian yang seksi dan bertemu Horidus lalu menyampaikan hasratnya tu.

Horidus terpengaruh dan akhirnya Nabi Yahya AS dibunuh untuk memuaskan hati Hirodia.

Bagi Nabi Zakariah AS, apabila mendengar anaknya dibunuh, beliau segera mencari perlindungan. Kebetulan ada pokok di depannya, dengan izin Allah SWT pokok tersebut terbelah dua, lalu beliau masuk ke dalamnya dan ia tertutup semula.

Selepas itu, tentera raja tersebut memotong pokok berkenaan, sehingga Nabi Zakariah yang berada di dalamnya terbunuh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s