Nabi Sulaiman AS

Posted: December 10, 2010 in Kisah Nabi-Nabi

Selesai membangunkan Baitulmaqdis, Nabi Sulaiman AS menuju ke Yaman. Tiba di sana, disuruhnya Burung Hud-Hud (sejenis dengan Belatuk) mencari sumber air. Tetapi burung tersebut tidak ada ketika dipanggil.

Ketiadaan burung tersebut menimbulkan kemarahan Nabi Sulaiman AS. Selepas itu burung Hud-Hud datang kepada Nabi Sulaiman dan berkata: “Aku telah terbang untuk mengintip dan terjumpa suatu yang sangat penting untuk diketahui oleh tuan”

Firman Allah SWT, bermaksud “Maka tidak lama kemudian datanglah Hud-Hud lalu ia berkata ; aku telah mengetahui sesuatu, yang belum kamu mengetahuinya dan aku bawa kepadamu dari Negeri Saba suatu berita penting yang diyakini. Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgahsana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain dari Allah SWT”.

Mendengar berita itu Nabi Sulaiman AS mengutus sepucuk surat yang mengandungi nasihat supaya menyembah Allah SWT kepada Raja Saba iaitu Ratu Balqis. Surat itu dibawa burung Hud-Hud dan diterima sendiri oleh Ratu Balqis.

Selepas baca surat tersebut, Ratu Balqis menghantar utusan bersama hadiah kepada Nabi Sulaiman AS, Di dalam al-Aquran menceritakan “Tatkala utusan tersebut sampai kepada Nabi Sulaiman AS, seraya berkata; Apakah patut kamu menolong aku dengan harta? Sesungguhnya apa yang diberikan Allah SWT kepada ku labih baik daripada apa yang diberikannya kepadamu, tetapi kamu berasa bangga dengan hadiahmu. Kembalilah kepada mereka, sungguh kami akan mendatangi meraka dengan  bala tentera   yang mereka tidak mampu untuk melawannya dan pasti kami akan mengusir meraka dari negeri itu (Saba) dengan terhina dan mereka manjadi tawanan yang tidak berharga”.

Utusan itu kembali ke Negeri Saba dan menceritakan pengalaman yang dialami di Yaman kepada Ratu Balqis, sehingga dia berhajat untuk berjumpa sendiri dengan Nabi Sulaiman AS .

Keinginan Ratu Balqis itu diketahui terlebih dahulu oleh Nabi Sulaiman dan memerintahkan tenteranya yang terdiri daripada Jin,Haiwan dan Manusia bersiap sedia untuk menyambut kedatangan Ratu Balqis itu.

Nabi Sulaiman juga memerintahkan Asif untuk membawa singgahsana Ratu Balqis ke Istananya. Apabila Ratu Balqis tiba ditanya Nabi Sulaiman AS: “Seperti inikah singgahsanamu? Dijawab Ratu Balqis : “Ya, memang sama dengan singgahsanaku”.

Kemudian Ratu Balqis dipersilakan masuk ke istana Nabi Sulaiman AS. Namun, ketika berjalan di istana tersebut sekali lagi Ratu Balqis terpedaya, kerana menyangka ada air di atas lantai istana tersebut, sehingga menyelak kain.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dikatakan kepadanya; masuklah ke dalam istana. Maka tatkala dia (Ratu Balqis) melihat lantai istana itu, disangkanya air yang besar dan disingkapkannya kedua betisnya. “Berkata Nabi Sulaiman sesungguhnya ia istana licin yang diperbuat daripada kaca. Berkatalah Balqis; Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Nabi Sulaiman AS dan kepada Allah SWT tuhan semesta alam.”

Makam Nabi Sulaiman AS

Peristiwa ini menyebabkan Ratu Balqis terasa amat aib dan menyedari kelemahannya. Sehingga di memohon ampun terhadap kesilapannya selama ini, akhirnya dia diperisterikan oleh Nabi Sulaiman AS.


Demikian kisah Nabi Sulaiman dengan tenteranya  yang terdiri daripada Jin, manusia dan haiwan dalam menjalankan dakwah Allah SWT terhadap Ratu Balqis. Kewafatan Nabi Sulaiman juga lain darpada lain yang mana  Nabi Sulaiman wafat dalam keadaan duduk di atas kerusi dengan memegang tongkat sambil mengawasi dan memerhatikan jin yang sedang bekerja.

Firman Allah SWT:

“Tatkala kami telah menetapkan kematian Sulaiman AS, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka setelah kematiannya itu melainkan anai-anai yang memakan tongkatnya. “Maka tatkala ia telah tersungkur, nyatalah bagi jin itu bahawa sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentula mereka tidak akan tetap dalam seksa yang menghinakan.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s