Nabi Harun AS

Posted: December 13, 2010 in Kisah Nabi-Nabi

Nabi Harun Bin Imran Bin Qahits Bin Lawi Bin Yaakub Bin Ishak Bin Ibrahim. Beliau adalah saudara seibu Nabi Ishak AS, diutus untuk membantu Nabi Musa AS memimpin Bani Israel ke jalan yang benar.
Firman Allah SWT bermaksud, “Dan kami telah menganugerahkan kepadanya sebahgian rahmat kami, iaitu saudaranya, Harun menjadi seorang Nabi.”

Harun AS dilahirkan tiga tahun sebelum Musa AS. Beliau yang fasih berbicara dan mempunyai pendirian yang tetapsering mengikut Musa AS menyampaikan dakwah kepada Firaun, Hamman dan Qarun.
Nabi Musa sendiri mengakui saudaranya fasih berbicara dan berdebat, seperti diceritakan di dalam Alquran: “Dan saudara ku Harun AS, dia lebih fasih lidahnya daripada ku, maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk mebenarkan perkataanku, sesungguhnya aku khuatir mereka akan berdusta.
Sepanjang peninggalan Nabi Musa AS untuk bermunajat di Bukit Thur Sina, Harun AS juga diberikan amanah untuk mengawasi daaan memimpin penduduk Bani Israel daripada melakukan kemungkaran, apalagi menyukutukan Allah SWT dengan benda lain.
Musa AS berkata kepada Harun AS: “ Gantikanlah aku dalam ( memimpin ) kaumku dan perbaikilah, jangan kamu mengikuti jalan orang-orang yang melakukan kesalahan.”
Bagaimanapun, sepanjang perjalanan Nabi Musa AS ke Thur Sina, berlaku ujian kepada Bani Israel,Sebilangan mereka menyekutukan Allah SWT dengan menyembah lembu yang diperbuat daripada emas oleh Samiri.
Mereka menyembah patung lembu itu selepas terpedaya dengan tipu helah Samiri yang menjadikannya bole bercakap. Harun AS sudah mengingatkan mereka kelakuan itu adalah dosa besar, namun segala nasihat dan amaran berkenaan tidak dipedulikan.
Selepas bermunajat selama 40 hari, Musa AS kembali kepada kaumnya dan sungguh terkejut dengan perbuatan kaumnya itu yang menyembah lembu, Musa AS bukan sahaja marah kepada kaumnya, malah Harun AS sendiri turut ditarik kepala dan janggutnya.
Musa AS bertanya kepada Harun AS : “Wahai Harun AS apa yang menhalangi kau daripada mencegah mereka ketika kau melihat mereka sesat? Apakah kau tidak mengikut aku atau kau menderhakai perintahku?”
Haru AS berkata: “Wahai anak ibuku, janganlah engkau renggut janggutku dan janganlah kau menarik kepalaku, sesungguhnya aku takut engkau akan berkata, “Engkau adakan perpecahan dalam Bani Israel dan engkau tidak pelihara perkataanku”
Kemudian Musa AS mendapatkan Samiri, lalu berkata: “Pergilah kamu dari sini bersama pengikutmu. Patung sapi itu yang emnjadi tuhanmu akan aku bakar, kemudian akan ku hanyutkan kedalam laut. Kamu dan pengikutmu akan mendapat seksa.”
Nabi Harun AS hidup selama 122 tahun. Beliau wafat 11 bulan sebelum kematian Musa AS, di daerah Tiih, iaitu sebelum Bani Israel memasuki Palestin.

Mengenai Bani Israel, mereka memang degil, banyak soal dan sukar dipimpin. Namun dengan kesabaran Musa AS dan Harun AS, mereka dapat dipimpin supaya mengikut syariat Allah SWT, seperti yang terkandung dalam Taurat.
Malah, ada kalangan mereka yang mengubah hukum di dalam kitab berkenaan, sehingga menimbulkan perselisihan dan perbezaan pendapat, akhirnya menyebabkan perpecahan Bani Israel.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s