Nabi Ayub

Posted: December 14, 2010 in Kisah Nabi-Nabi

Nabi Ayub anak kepada Nabi Ishak AS dilimpahi dengan kekayaan dan harta benda, malah mempunyai banyak binatang ternakkan seperti Ayam, Lembu, Kambing, Kuda, Keldai dan Unta. Kekayaannya itu membuatkan beliau senang.
Beliau mempunyai keturunan yang besar kerana ramai anak, baik lelaki maupun perempuan Seorang daripada anaknya menjadi Nabi iaitu Basyar.

Walaupun kaya dan mempunyai kemewahan, Nabi Ayub AS tidak lupa membuat kebajikan kepada fakir miskin dan anak yatim. Beliau tidak sombong, malah tetamu yang mengunjungi beliau disambut dengan baik.
Harta dan keturunan yang besar tidak sedikit pun menjadikan beliau bongkak dan bangga kepada kekayaan. Sebaliknya, dengan kekayaan itu keimanan dan ketakwaannya kepada Allah SWT semakin luhur.
Melihatkan kepada keadaan Nabi Ayub AS itu, Iblis berusaha menggunakan tipu helahnya untuk menggugat keimanannya.
Justeru Nabi Ayub AS diuji dengan pelbagai dugaan. Pertama diuji melalui kekayaan dan harta bendanya.
Kemewahan dan kekayaan yang dimilikkinya semakin susut dan seterusnya semua kekeyaannya itu habis. Nabi Ayub AS akhirnya menjadi miskin dalam masa sekelip mata.

Pendirian Nabi Ayub AS ternyata tidak terjejas dan tidak mudah diubah. Justeru diuji sekali lagi dengan kematian anaknya, namun beliau masih boleh bersabar dan pada masa yang sama memupuk keimanan dan ketakwannya kepada Allah SWT.
Mengenai pelbagai ujian yang dihadapi oleh Nabi Ayub AS Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepada mu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang-orang yang bersabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, ‘Sesungguhnya kami milik Allah SWT dan kepadanya kami kembali.’”

Nabi Ayub AS memang tetap dengan pendiriannya, tidak tewas dengan tipu helah Iblis. Selepas itu, Nabi Ayub diserang dengan penyakit kulit yang luar biasa. Beliau menderita dengan penyakit itu selama tujuh tahun.
Walaupun begitu lama beliau menanggung penyakit itu, beliau tidak pernah gelisah. Beliau tabah menghadapi dugaan. Walaupun badannya semakin kurus sehingga menakutkan mata memandang, beliau beliau masih mampu mengingati Allah SWT.
Disebabkan penyakit Nabi Ayub AS itu sungguh dahsyat tiada orang sanggup melihatnya, melainkan isterinya yang sabar menemani dan merawatnya. Iblis tidak senang apabila menyaksikan kesabaran dan kesetiaan isteri Nabi Ayub AS.
Isterinya digoda supaya tidak meleyani Nabi Ayob lagi. Tipu daya Iblis itu sudahpun diketahui oleh Nabi Ayub As dari awal lagi lalu diberitahu kepada isterinya.
Nabi Ayub berkata kepada isterinya dengan berkata: “ Sekiranya aku sembuh engkau pasti aku pukul sebanyak 100 kali.” Kemudian Nabi Ayub berdoa kepada Allah SWT seperti digambarkan melalui al-quran yang bermaksud: “Ingatlah ketika Nabi Ayub menyeru kepada Tuhannya: Ya Tuhanku ! Aku mendapat penyakit dan cubaan daripada Syaitan.”

Doa Nabi Ayub AS dikabulkan oleh Allah SWT dan penyakit yang dideritai oleh Nabi Ayub AS telah sembuh. Dalam al-Quran diceritakan : “Cecah kakimu, inilah air yang sejuk untuk mandi dan minum. Dan kami anugerahkan dia dengan mengumpulkan kembali keluarganya. Dan kami tambahkan kepada meraka pula sebagai rahmat dari kami dan pengajaran bagi orang yang mempunyai fikiran.”
Mengenai nazarnya, Nabi Ayub AS mengingatkan isterinya yang terpedaya dengan Iblis bahawa beliau akan memukul isterinya yang terpedaya dengan Iblis bahawa beliau akan memukul isterinya sebanyak 100 kali jika beliau sembuh. Justeru apabila beliau benar-benar sembuh dan sihat, Nabi Ayub bertekat untuk melaksanakan nazarnya itu.
Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi Ayub AS mengenai cara melakukan nazar itu. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“ Dan ambillah dengan tanganmu seikat rumput (100 batang), lalu pukullah dengan itu dan janganlah kamu melanggar sumpah. Sesungguhnya kami dapati dia Ayub AS seorang yang sabar, dialah sebaik hamba kerana dia sesungguhnya amat taat kepada Tuhannya.”
Nabi Ayub AS menggunakan rumput yang diikat itu untuk memukul isterinya dengan sekali libasan. Walaupun sekali pukulan dia dikira 100 kali kerana rumput yang diikat itu mengandungi 100 helai daun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s