HASSAN AL-BANNA

Posted: December 23, 2010 in Tokoh-Tokoh Islam


Dilahirkan pada Oktober 1906 di Perkampungan al-Mahmudiyah yang terletak di daerah al-Bahriyah, Iskandariah Mesir. Bapanya bernama Syekh Ahmad ibn ‘Abd al-Rahman al-Banna. Bapa beliau adalah seorang ulamak, guru,imam dan penulis beberapa buah kitab Hadis dan fiqah perundangan Islam. Bapa beliau adalah seorang yang terpelajar berkelulusan Universiti Al-Azhar Mesir.


Bagi menyara kehidupan keluarga, bapa beliau bekerja sebagai tukang membaik pulih jam di tempat tinggalnya itu. Di kalangan penduduk kampung bapa beliau seorang yang dihormati kerana beliau seorang yang bersopan santun, merendah diri, pemurah dan mempunyai keperibadian yang tinggi. Bapa beliau juga mengajar ilmu-ilmu agama kepada penduduk kampong yang berminat. Kehidupan mereka sekeluarga sederhana. Hassan Al-Banna adalah anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Beliau sering mengikut bapanya membuat perbincangan ilmu dan mengenai hal-hal agama bersama-sama dengan rakan-rakan di kedai maupun di rumah. Hal ini member kesan kepada Hassan al-Banna sehingga mewarisi perwatakan bapanya itu.


PENDIDIKAN

Sejak dibangku sekolah lagi Hassan al-Banna sudah menunujukkan sifat kepimpinannya itu. Beliau dilantik menjadi pemimpin Badan Latihan Akhlak dan Jamaah al-Suluka al-Akhlaki di sekolah. Beliau banyak menghadiri majlis-majlis zikir yang dianjurkan oleh Ikhwan al-Hasafiyah.


Bapanya juga mendidik beliau dan adik-beradiknya dengan pendidikan Islam. Tidak hairan pada usia mudanya lagi beliau telah menghafaz al-Quran dan seterusnya memasuki pusat latihan perguruan. Beliau adalah pelajar yang pintar kerana sering mendapat tempat pertama di dalam peperiksaan. Kepintarannya itu menyebabkan Hassan al-Banna dapat melanjutkan pelajarannya ke Darul Ulum di Kaherah pada usia 17 tahun. Pada masa itu situasi politik di Kaherah sedang bergolak. Fahaman sekuler yang disebarkan oleh Kamal Attartuk menentang aliran Islam di sana. Kebanyakkan kegiatan yang berfahaman sekular berleluasa disana ketika itu. Mereka berbuat begitu bagi melemahkan pengaruh Islam di Kaherah.
Keadaan menyebabkan Hassan al-Banna tertarik untuk melibatkan diri dengan Pertubuhan Makram al-Akhlak. Pertubuhan ini giat menjalankan aktiviti dakwah bagi menghapuskan fahaman sekular yang mula menyusup masuk dalam fikiran umat Islam ketika itu.

KERJAYA

Semasa berumur 23 tahun beliau menjadi guru Bahasa Arab di sebuah sekolah di bandar Ismailiah selama 19 tahun. Pada tahun 1946, beliau meletakkan jawatan sebagai guru dan menumpukan sepenuh masanya untuk berdakwah melalui sebuah gerakkan yang ditubuhkan oleh beliau sendiri bersama dengan rakan-rakan iaitu gerakkan Ikhwanul Muslimin.

IKHWANUL MUSLIMIN

Ikhwanul Muslimin disebarkan melalui 3 peringkat. Peringkat pertama melalui ceramah dan aktiviti kebajikan bagi pengenalan. Peringkat kedua menumpukan kepada pembentukkan ahli-ahli supaya mempunyai keperibadian diri yang tinggi bagi menghadapi cabaran jihad. Peringkat ketiga melaksanakan matlamat perjuangan mereka.
Selepas Perang Dunia Ke2, Pertubuhan Ikhwanul Muslimin telah bertanding di dalam Pilihanraya di Mesir. Pada tahun 1934, 50 buah cawangan telah ditubuhkan di Mesir. Kegiatan mereka begitu aktif sehingga dapat mempengaruhi pelajar-pelajar sekolah, qariah masjid dan pekerja-pekerja kilang. Ada sumber mengatakan bahawa pada penghujung Perang Dunia Ke2 penyokong-penyokong Ikhwanul Muslimin telah mencecah seramai setengah juta orang dan beroperasi di 3,000 buah cawangan di Mesir da 5 buah cawangan di Sudan.
Kerja kebajikan yang dilakukan oleh Hassan al-Banna mendapat sanjungan daripada Kerajaan British. Kerajaan British memuji segala kebaikan yang dilakukan oleh Hassan al-Banna. Namun, pengaruh besar pada Ikhwanul Muslimin merunsingkan kerajaan Mesir. Pada masa itu, kerajaan Mesir di bawah pemerintahan dan kuasa Noqrashi Pasha daripada Parti al-Saidi. Pada tahun 1948 Noqrashi Pasha telah membuat tuduhan dengan mengatakan bahawa Ikhwanul Muslimin mempunyai rancangan untuk menjatuhkan kerajaan Mesir.

Peristiwa ini berlanjutan sehingga semua cawangan Ikhwanul Muslimin diarah untuk ditutup dan dihapuskan. Semua penyokong dan anggota Ikhwanul Muslimin ditangkap dan diseksa malah ada yang dibunuh dan dipenjarakan. Kemuncak peristiwa itu berlakunya pembunuhan ke atas Perdana Menteri Mesir. Pertubuhan Ikhwanul Muslimin dipersalahkan kerana membunuh Perdana Menteri. Segala harta benda telah dirampas dan pengikut-pengikutnya ditahan di dalam penjara.
Pada 12 Februari 1949 jam 5.00 petang, pihak kerajaan Mesir telah menjemput Hassan al-Banna dengan tujuan untuk berbincang perihal krisis yang dihadapi itu. Hassan al-Banna dijemput datang ke pejabat Jam’iyah Syubban al-Muslimin. Hassan al-Banna datang bersama-sama iparnya, Abd Karim Mansur.
Jemputan itu adalah taktik kotor yang digunakan oleh pihak Kerajaan Mesir untuk memerangkap Hassan al-Banna. Menteri Zaki Ali Basya yang sepatutnya hadir bagi berbincang dengan Hassan al-Banna tidak muncul-muncul dan akhirnya Hassan al-Banna dan ipar beliau Abd Karim Mansur telah ditembak ketika menaiki teksi diluar daripada pejabat Jam’iyah Syubban al-Muslimin setelah sekian lama menunggu pejabat berkenaan oleh orang-orang yang tidak dikenali.
Akhirnya Hassan al-Banna mengehembuskan nafasnya yang terakhir pada 12.50 malam setelah mengalami pendarahan yang banyak. Namun perjuangan beliau tetap berkembang sehingga kehari ini di seluruh pelusuk dunia.

This slideshow requires JavaScript.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s