MARTABAT PARA ULAMAK YANG BERAMAL

Posted: December 24, 2010 in Nasihat-Nasihat Agama


Martabat para ulamak yang beramal terletak sesudah para Nabi dalam tingkatannya . Sesudah itu barulah martabat orang-orang mu’minin yang lain, kerana para ulamak yang beramal adalah perantara Nabi dengan umatnya. Allah SWT memuji kelebihan para ulamak didalam firmannya :

شهدااله أنّه لآاله الاّ هو والملائكة وأولو العلم
(Ali Imran :18)

Ertinya: “Allah SWT menyaksikan bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan begitujuga dengan Malaikat dan orang-orang yang berilmu”

Didalam ayat ini Allah SWT menyamakan para ulamak dengan Malaikat dalam menyaksikan keesaanNya dan berdirinya atas keadilan dan kesaksamaan.
firmanNya lagi:

قل هل يستوي الّذيين يعلمون والّذين لا يعلمون
(Al-Zumar:9)

Ertinya: “Katakanlah Tiada serupa orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan orang-orang yang tiada berilmu pengetahuan”

Tentulah tiada persamaan seorang yang berilmu dengan seorang yang tiada berilmu, tidak di dunia dan tidak juga di akhirat. Akan tetapi Allah SWT sentiasa mengutamakan orang yang berilmu ke atas orang yang tiada ilmu dengan beberapa darjat seperti di dalam firmannya:

يرفع الله الّذين آمنوا منكم والّذين أوتوا العلم درجات.

(Al-Mujadalah:11)

Ertinya: “Allah SWT telah mengangkat orang-orang yang beriman diantara kamu, dan orang-orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan beberapa darajat”
Maksudnya Allah SWT telah menambah darjat orang-orang yang berilmu pengetahuan keatas orang-orang yang beriman.
Sabda Rasul SAW:

العلماء ورثة الأنبياء ز انّ العلماء لم يورّثوا دينارا ولا درهما وانّما ورّثوا العلم….

Ertinya: “Para Ulamak itu merupakan pewaris para Nabi. Sesungguhnya para Nabi tidak pernah meninggalkan wang ringgit, akan tetapi mereka meninggalkan ilmu.

Sabdanya Lagi;

لا حسد الاّ فى اثنتين : رجل آتاه لله الحكمة فهو يقضى بها ويعلّمها آناء الليل والنهار ورجل آتاه لله مالا , فهو ينفق منه آناء الليل والنهار

Ertinya: “Tiada dibenarkan berhasad melainkan pada 2 perkara iaitu: Seorang yang dikurniakan Allah hikmah (ilmu Pengetahuan), lalu ia mengadili ia dengannya serta mengajarkannya kepada orang lain pada waktu siang dan malam. Seorang yang lain yang di kurniakan dengan harta kekayaan, lalu ia membelanjakannya pada waktu siang dan malam.
Makna hasat disini bukan maksudnya dengki, tetapi iri hati iaitu menginginkan sesuatu yang ada pada orang lain untuk diri sendiri , ia adalah satu yang terpuji.
Sabda Nabi lagi:

فضل العالم علي العابد كفضلي علي أدني رجل من اصحابي

Ertinya: “Keutamaan seorang yang berilmu pengetahuan keatas seseorang yang banyak ibadahnya,
laksana keutamaanku ke atas serendah-rendah orang dari sahabatku.”


Dalam riwayat lain:

كفضل القمر ليلة البدر علي سائر الكواكب

Ertinya: “Laksana kelebihan bulan purnama ke atas bintang-bintang

Sekiranya keutamaan seorang yang berilmu keatas orang yang beribadat sebegitu rupa, meskipun orang yang beribadat itu tidak kurang berilmu dengan ibadatnya, sehingga ia dinamakan abid, maka tidak hairanlah sekiranya kita melihat perbandingan diantara orang yang berilmu dengan orang yang jahil bahkan berlebih-lebihan darjatnya.
Oleh yang demikian, keutamaan ilmu pengetahuan dan orang-orang yang berilmu tidak daoat dihitung begitu banyaknya. Demikian pula dengan kitab Allah (alquran) dan Sunnah Rasulullah SAW (hadis), serta peninggalan Salafussaleh dan wasiat mereka telah masyhur dan terkenal. Kitabkitab yang memperkatakan tentang ilmu dan para ulamak pun tersebar dimana-mana.
Berkata Saidina Ali RA: Ilmu itu lebih utama dari harta benda. Ilmu menjaga anda tetapi anda menjaga harta benda. Ilmu akan bertambah jika digunakan, tapi harta benda akan berkurangan. Ilmu sering menghukum manakala harta benda sering dihukum.

This slideshow requires JavaScript.

Rujukkan Kitab Nasihat Agama DanWasiat Iman
Karangan Habib Abdullah Bin Alwi AlHaddad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s