MENSUCIKAN HATI

Posted: December 27, 2010 in Nasihat-Nasihat Agama

Hendaklah anda tumpukan perhatian pada hati dan batin anda. Rasulullah SAW telah bersabda:

ان الله لا ينظر الى صوركم وأعمالكم وانما ينظر الى قلوبكم ونياّتكم

Ertinya: “Sesungguhnya Allah SWT tiada melihat kepada rupa kamu dan amalan kamu, tetapi Dia melihat kepada hati dan niat kamu.”

Oleh itu, hendaklah kamu membenarkan ucapan anda dengan amalan, dan membenarkan amalan anda dengan niat serta ikhlas dan membenarkan niat dan ikhlas pula dengan membersihkan batin dan meluruskan hati, kerana hati itu adalah asal dan punca segala perkara.


Di Dalam sebuah hadis Rasulullah berfirman:

الا انّ فى الجسد مضغة اذا صلحت صلح سائر الجسد , واذا فسدت فسد سائر الجسد ألا وهي القلب
.
“Ketahuilah bahawa di dalam tubuh badan itu ada sepotong daging, kiranya ia elok maka eloklah seluruh tubuh badan itu, dan kiranya ia rusak maka rusaklah seluruh tubuh badan pula, ia itu adalah hati.

Lantaran itu wajib anda mengambil berat terhadap hati itu, serta tumpukanlah segala perhatian untuk memperbaiki dan meluruskannya. Sebab hati itu cepat sekali berubah dan selalu kacau bilau. Cuba kita lihat hadis berikut ini:

انّه أسرع تقلّبا من القدر اذا استجمعت غليانها

Ertinya :“ Sesungguhnya hati itu cepat berubah-ubah dari makanan yang sedang mendidih di dalam periuk.”
Rasulullah Sentiasa berdoa

يا مقلّب القلوب ثبّت قلبى على دينك

Ertinya: “Wahai Tuhan yang merubah-ubah hati, tetapkanlah hatiku ini atas agama Mu

انّ القلوب بين اصبعين من أصابع الرّحمن, ان شاء أقامها وان شاء أزاغها

Ertinya: “Sesungguhnya hati itu terletak diantara dua jari dari jari-jari tuhan, Jika Dia suka maka akan diluruskannya, jika Dia suka maka akan dibengkokkannya.
Nabi sendiri ketika bersumpah dan setelah baginda berusaha dalam sumpahnya, baginda sering berdoa:

لا ومقلّب القلوب

Ertinya: “Tidak, demi Tuhan yang merubah-ubah hati”

ولاتخزنى يوم يبعثون يوم لاينفع مال ولا بنون الاّ من اتى الله بقلب سليم

Ertinya: “Dan janganlah Engkau menghinakan aku pada hari kebangkitan. Iaitu hari yang tiada berguna harta benda dan anak-anak. Melainkan orang yang mendatangi Allah dengan hati yang bersih”

Hendaklah anda berhati-hati dengan sungguh-sungguh, mudah-mudahan Allah SWT merahmati anda, agar anda menemui Allah SWT dalam keadaan hati yang bersih dari syirik dan nifaq, suci dari bida’ah dan akhlak yang terkeji, seperti menyombong diri dan riya’, seperti tipu daya dan hasad dengkiterhadap kaum Muslimin dan seumpamanya. Mintalah pertolongan daripada Allah SWT serta bersabar, berusaha dan mengambil berat terhadap perkara-perkara ini.
Juga harap jangan lupa ucapkan seberapa banyak doa ini:

ربنا لا تزغ قلوبنا بعد اذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة انّك أنت الوهّاب

Ertinya: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau sesatkan hati kami, sesudah Engkau tunjukkan kami (Jalan kebenaran), dan berilah kami Rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Emat suka member.”

Demikianlah Allah SWT mensifatkan orang-orang yang teguh dan mendalam ilmunya dari hamba-hambanya yang Mu’min.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s