PROFESOR DR HAMKA

Posted: December 27, 2010 in Tokoh-Tokoh Islam

Abdul Malik Bin Abdul Karim atau lebih dikenali dengan Hamka dilahirkan pada 17 Februari 1908 di Kampung Molek, Meninjau, Sumatera Barat, Indonesia. Bapa beliau bernama Syekh Abdul Karim Bin Amrullah. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Hj Rasul. Selepas pulang dari Mekkah pada tahun 1906, bapanya menjadi pelopor kepada gerakkan Islah yang berpusat di Minangkabau.

PENDIDIKAN

Mendapat pendidikan formal di sekolah dasar Meninjau hingga darjah 2. Pada tahun 1918, ketika beliau berumur 10 tahun, bapanya menubuhkan pusat pengajian yang diberi nama Sumatera Thawalib di Padang Panjang. Abdul Malik mendapat pelajaran agama dan Bahasa Arab disitu dan masjid-masjid berdekatan. Antara guru yang pernah mengajarnya ialah Syaikh Ahmad Rasyid, Syaikh Ibrahim Musa, R.M Surjoparonto, Ki Hadikusomo dan Sultan Mansur. Abdul Malik adalah seorang yang suka menuntut ilmu pengetahuan. Masa beliau banyak dihabiskan untuk membuat penyelidikan di dalam beberapa bidang ilmu seperti falsafah, sejarah, politik, kesusastaraan dan sosiologi. Beliau berupaya memahami Bahasa Arab dengan baik. Tidak hairan beliau dapat mempelajari sendiri dan mendalami karya-karya ulamak terkenal dari Timur Tengah. Antara karya yang dibacanya adalah daripada pengarang Abbas al-Aqqad, Zaki Mubarak, Mustafa al-Manfaluti, Hussein Haikal dan Jurji Zaidan. Selain itu, beliau juga mempelajari dan mendalami karya-karya masyhur yang ditulis oleh sarjana Perancis, Jerman dan Inggeris.

KERJAYA

Abdul Malik bekerja sebagai guru agama bermula dari tahun 1927 di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan. Kemudian pada tahun 1929 beliau bertugas di Padang Panjang. Pada tahun 1957 hingga tahun 1958 beliau ditawar untuk menjadi pensyarah di Universiti Islam, Jakarta. Komitmennya yang tinggi sebagai seorang pensyarah dan minat yang mendalam dalam bidang penyelidikan menjadikan beliau dilantik sebagai Reaktor Perguruan Tinggi Islam di Jakarta. Beliau juga ditawarkan menjadi Profesor di Universiti Mustapo, Jakarta.
Sumbangan besar beliau dalam bidang agama menyebabkan beliau dilantik sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia dari tahun 1951 hingga 1960. Namun jawatan itu terpaksa dilepaskan kerana Sukarno menyuruh beliau memilih samada bergiat di dalam politik atau menjadi pegawai kerajaan.
Abdul Malik suka membaca dan mencari ilmu-ilmu yang baru. Beliau sering bertukar-tukar pendapat denga tokoh-tokoh terkenal seperti HOS Chokroaminoto, Haji Fakrudin, Radin Mas Surjoprunoto, Sultan Mansur dan Ki Bagus Hadikusomo. Idea-idea baru yang diperolehinya itu digunakan dengan baik dalam usaha menjadi pemidato yang hebat.

GERAKAN POLITIK

Abdul Malik turut bergiat aktif dalam Pertubuhan Muhammadiah, sebuah gerakkan Islam di Indonesia semenjak dari tahun 1925. Pada tahun 1946, beliau dilantik menjadi ketua Majlis Pimpinan Muhammadiyah di Sumatera Barat. Pada tahun 1953 pula, beliau diberi kepercayaan sebagai penasihat pimpinan pusat Muhammadiyah.
Sejak tahun 1925 juga, Abdul Malik menceburkan diri dala bidang politik. Beliau menyertai Parti Sarekat Islam. Tugas yang beliau lakukan ialah membantu parti tersebut untuk menentang penjajahan Britishdi Indonesia melalui pidatonya yang penuh bersemangat. Pada tahun 1947, beliau dilantik menjadi Ketua Barisan Pertahanan Nasional, Indonesia.
Kemudian beliau menjadi anggota perundangan Parti Masyumi. Pada pilihanraya umum Indonesia tahun 1955, beliau bertindak sebagai pemidato utama dalam pilihanraya. Pada tahun 1960, Parti Masyumi diharamkan oleh kerajaan Indonesia. Dari tahun 1977 hingga 1981, beliau dilantik sebagai Ketua Umum Majlis Ulamak Indonesia oleh Menteri Agama Indonesia.
Abdul Malik ditangkap dan dipenjarakan oleh Presiden Indonesia kerana dituduh pro-Malaysia. Tangkapan beliau itu tidak mematahkan semangatnya supaya terus berjuang menegakkan keadilan . Beliau menggunakan masa yang ada di penjara untuk menulis Tafsir al-Azhar. Selepas beliau dibebaskan dari penjara, beliau menjadi anggota Badan Musyawarah Kebajikan Nasional, Indonesia, anggota Majlis Perjalanan Haji Indonesia dan anggota Lembaga Kebudayaan Nasional Indonesia.

BIDANG PENULISAN

Abdul Malik juga berbakat dalam bidang penulisan. Beliau terlibat di dalam menghasilkan karya-karya ilmiah dan kreatif. Karya beliau yang terkenal ialah Tafsir al-Azhar. Tafsir ini ditulis dalam lima jilid kesemuanya. Sementara karya kreatif seperti novel dan cerpen menjadi antara bahan pengajian dan teks sastera di Malaysia dan Singapura. Antara novel-novel beliau yang terkenal ialah Dibawah Lindungan Kaabah, Tenggelamnya Kapal Van Der Vijck dan Merantau Ke Deli.
Beliau juga terlibat sebagai wartawan kepada beberapa buah akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah. Beliau menjadi editor majalah Kemajuan Masyarakat pada tahun 1928. Kemudian pada tahun 1932, beliau menjadi editor dan menerbitkan Majalah al-Mahdi di Makasar. Selain itu, beliau juga terlibat di dalam penerbitan majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam. Karya-karya Abdul Malik yang dibukukan berjumlah hingga 118 buah kesemuanya.

PENGIKTIRAFAN

Sumbangan besarnya dalam bidang pendidikan dan Penyelidikan mendapat pengiktirafan oleh beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi. Beliau dianugerahkan Doktor Kehormat dari Universiti al-Azhar Mesir pada tahun 1958. Kemudian pada tahun 1974 beliau dianugerahkan Doktor Kehormat dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Pihak pemerintah Indonesia pula member beliau gelaran Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno.
Sumbangan dan pengormanan yang diberikan oleh Abdul Malik dihargai dan disanjungi diseluruh nusantara termasuk Malaysia dan Singapura. Beliau mengehembuskan nafasnya yang terakhir pada pada 24 Julai 1981.

This slideshow requires JavaScript.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s