SAYYID QUTB

Posted: December 29, 2010 in Tokoh-Tokoh Islam

Dilahirkan pada 9 Oktober 1906. Nama penuh beliau ialah Sayyid Qutb Ibrahim Hussain Shazali. Berasal dari perkampungan Musha yang terletak di Selatan Mesir. Ayah beliau bernama Qutb Ibrahim, manakala ibunya bernama Fathimah Binti Hussain Uthman dan beliau mempunyai empat orang adik beradik.

Ayah beliau adalah seorang yang berada dan disegani di kawasan tempat tinggalnya, malah merupakan pemimpin masyarakat dan mempunyai perniagaan di ladangnya sendiri. Ayah beliau juga mempunyai pegangan agama yang kuat serta memiliki sifat-sifat yang mulia.
Ibu beliau juga berasal daripada keluarga yang baik dan mulia dan terdiri daripada gulongan yang kayadan disegani dalam masyarakat. Sayyid Qutb mendapat pendidikan awal agama daripada kedua-dua ibu bapanya. Malah ibu beliau mengajar mengaji kepada jirannya.

PENDIDIKAN

Sayyid Qutb mendapat pendidikan rasmi di sekolah rendah dikampunya bermula dari tahun 1912. Oleh kerana kepandaian beliau dalam pelajaran, tempoh pendidikan Sayyid Qutb dipendekkan daripada lima tahun kepada empat tahun. Guru-guru beliau juga mengakui pencapaian beliau dan ini terbukti apabila beliau berjaya menghafal al-Quran dalam tempoh dua tahun dan ketika itu beliau baru sahaja berusia 10 tahun.
Peringkat sekolah menengah beliau bermula di Kaherah di sekolah Latihan Perguruan Rendah Abd Aziz. Selepas tamat pengajian, Sayyid Qutb menjadi guru sekolah rendah bagi menyara keluarga. Pada tahun 1929, Sayyid Qutb melanjutkan pelajaran ke Kolej Darul Ulum.
Beliau berjaya memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Diploma Pendidikan pada tahun 1933. Dalam usia 27 tahun beliau telah ditawarkan untuk mengajar di Kolej Darul Ulum. Beliau telah menhajar disana selama 6 tahun. Beliau juga pernah ditugaskan mengajar di Bani Suif, Dimyat, Kaherah dan Helwan.
Pada tahun 1948, beliau dihantar ke Amerika Syarikat oleh Kementerian Pendidikan Mesir bagi mengkaji sistem pendidikan Barat. Di sana beliau mendapat ijazah sarjana dari Universiti Northen Colorado dalam bidang pendidikan.

ALAM PENULISAN

Sejarah pengelibatan beliau di dalam bidang penulisanberkait rapat dengan situasi kehidupan Sayyid Qutb di Kaherah pada waktu itu. Beliau menghadapi kesempitan hidup dan bertanggung jawab menyara kehidupan keluarganya. Pada mulanya beliau berjinak-jinak menulis di dalam surat khabar dan majalah sehinggalah pasaran akhbar mendapat sambutan yang memberangsangkan di dalam pasaran. Ketika beliau tinggal bersama bapa sedara beliau telah berkenalan dengan Abbas Mahmud ‘Aqqad perkenalan itu menarik beliau menyertai parti al-Wafd. Bakat penulisan beliau dihargai oleh ‘Aqqad yang cenderung kepada pemikiran sosialis dan beliau ditawar untuk menulis di dalam satu ruangan akhbar al-Balaq terbitan parti al-Wafd. Beliau mula menulis pelbagai jenis karya di dalam akhbar tersebut bermula pada tahun 1921.
Pada tahun 1940-an, beliau meletakkan jawatan sebagai guru apabila menerima tawaran jawatan Pegawai di Kementerian Pelajara iaitu Penyelia Umum di Bahagian Kebudayaan. Beliau bertanggung jawab sebagai pengarang bagi penerbitan Bahasa Arab. Kemudiannya beliau ditukar ke Bahagian Penterjemahan sebelum dilantik menjadi Nazir Sekolah-Sekolah Rendah.
Semasa beliau berkhidmat dengan pihak kerajaan, segala idea, pandangan dan penyelidikan beliau telah ditolak 100 peratus oleh pihak kerajaan sehingga beliau memutuskan untuk meletakkan jawatan dalam sektor kerajaan dan bergiat aktif sepenuhnya dalam bidang penulisan pada tahun 1951.
Rencana bertajuk al-Taswir al-Fanni fi al-Quran yang diterbitkan dalam majalah al-Muqtafi adalah batu loncatan baginya untuk kembali kepada pemikiran Islam. Akhirnya pada tahun 1945 rencana itu dibukukan. Kemudian menyusul pula buku seterusnya yang bertajuk Masyahid al-Qiyamah Fi al-Quran. Pada tahun 1948 buku beliau yang bertajuk al-‘Adalah al-Ijtima’iyah Fi al-Islam (Keadilan Sosial di dalam Islam) diterbitkan di Amerika Syarikat.
Beliau menyatakan keadilan yang diimpikan oleh manusia hanya bole dicapai melalui pemerintahan Islam. Beliau juga menulis bukunya yang bertajuk al-Tifl Min al-Qaryah yang memperjuangkan nasib kaum tani. Penulisannya ini telah menimbulkan kemarahan golongan Aristokrat,
Sayyid Qutb kembali dari Amerika Syarikat pada tahun 1950. Antara tahun 1950 hingga 1966, Sayyid Qutb terlibat dengan Ikhwanul Muslimin bersama-sama dengan Imam Hasan al-Banna. Malah beliau menjadi tonggak pergerakkan Ikhwan selepas pembunuhan Imam Hasan al-Banna dan beliau merupakan orang yang paling berpengaruh dalam keritikkannya kepada Barat.
Sejak dari tahun 1950 Sayyid Qutb menjadi penulis dalam akhbar Ikhwanul Muslimin. Komitmen yang tinggi dalam menyebarkan perjuangan Islam membolehkan beliau dilantik menjadi ahli jawatankuasa kerja gerakkan Ikhwan. Pada tahun 1954, beliau telah ditangkap sebanyak dua kali oleh pemerintahan Jamal Nasser atas tuduhan berkonspirasi menentang kerajaan.
Pada tahun 1955, beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun di Penjara Jarah, Mesir. Semasa di penjara Sayyid Qutb bersama ribuan lagi ahli Ikwan diseksa oleh rejim pemerintah. Beliau juga menyiapkan dua buah buku ketika di dalam penjara iaitu Hadha al-Din (Inilah Islam) dan al-Mustaqba Li Hadha al-Din (Masa Depan Bagi Agama ini). Selepas 10 tahun menjalani hukuman, beliau telah menjalani hukuman, beliau telah dibebaskan kerana campur tangan Presiden Iraq, Badul Salam Arifkerana keadaan kesihatan beliau yang tenat.
Selepas pembebasan, beliau telah menulis bukunya yang terkenal, Maalim Fi al-Tariq (Pertunjuk Di Dalam Perjalanan) dan sebuah buku tafsir Fizilalil Quran (Dibawah Naungan al-Quran). Lapan bulan kemudian beliau ditangkap kembali bersama dengan adik-beradik dan ribuan lagi ahli Ikhwan lain dan dijatuhkan hukuman gantung yang dijalankan pada 29 Ogos 1966. Beliau meninggalkan 24 buah buku sebagai satu sumbangan di dalam bidang dakwah. Setelah peninggalan Qutb, adiknya Muhammad Qutb menyambung kerja-kerja dakwah Sayyid Qutb.

This slideshow requires JavaScript.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s