TOK KENALI

Posted: December 29, 2010 in Tokoh-Tokoh Islam

Muhammad Yusof Bin Muhammad lahir di Kampung Kenali, Kubang Kerian , Kelantan pada tahun 1870. Kedua ibu bapa beliau adalah daripada golongan petani yang miskin tetapi berpegang kuat kepada ajaran agama. Oleh kerana kehidupan beliau yang serba kekurangan menjadikan beliau lebih berdikari.
Pada tahun 1908, beliau bernikah dengan Rokiah Mahmud, anak kepada Pembantu Imam di Kampung Kenali dan dikurniakan empat orang anak lelaki kesemua mereka bergiat aktif dalam bidang dakwah.

MENUNTUT ILMU

Beliau mula mendapat pendidikan sejak kecil dengan datuknya Che Sallehyang merupakan seorang yang berpendidikan agama. Pada usia Lapan tahun, Tok Kenali berulang ke Masjid Muhammadi, Kota Bahru untuk belajar. Beliau seorang yang pintar dan mudah menghafal. Hampir 10 tahun lamanya Tok Kenali menuntut di Kota Bahru dengan berguru kepada beberapa orang Ulamak yang terkenal pada zaman itu. Kemuadian, pada tahun 1886, beliau melanjutkan pelajaran ke Mekkah. Pada masa itu, beliau baru berusia 18 tahun. Di sana beliau berguru dengan seorang ulamak Nusantara yang terkenal, Syekh Wan Ahmad al-Fatani selama hamper 20 tahun dan menjadi murid kesayangannya. Beliau kembali ke Kelantan pada usia 40 tahun. Pengalamannya di luar negara menjadikannya seorang intelektual dikalangan masyarakat tempatan ketika itu.

BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT

Setibanya di Kelantan pada tahun 1908, beliau menubuhkan pondok Kenali. Menjelang tahun 1911, pondok beliau menjadi terkenal. Beliau bukan sahaja dihormati dikalangan guru agama, malah pihak pentadbiran negeri pada ketika itu. Pada tahun 1915, pihak pentadbiran negeri meminta Tok Kenali mengajar di Masjid Muhammadi, sebuah pusat pengajian agama yang tersohor di rantau ini pada setiap hujung minggu.
Oleh kerana Pengetahuan agamanya yang luas, beliau dilantik Penolong Mufti Negeri Kelantan. Beliau juga adalah ahli Majlis Ulamak Kelantan. Sultan Muhammad IV turut melantik beliau sebagai Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Pembesar-pembesar Negeri Kelantan pada masa itu, termasuk Datuk Perdana Menteri Kelantan, Haji Nik Mahmud Ismail sering bermuzakarah dengan beliau berkaitan pentadbiran negeri.

BERDAKWAH MELALUI PENULISAN

Tok kenali menyedari kepantingan media massa dalam penyebaran dakwah. Baginya, berdakwah berdakwah melalui penulisan adalah kaedah paling mudah, pantas dan berkesan. Beliau seorang pelopor dan editor pertama majalah pengasuh yang diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan pada Julai 1918.
Tok Kenali menulis di dalam majalah ini sehingga beliau meninggal iaitu selama 15 tahun. Beliau menggunakan nama pena ‘Tuan Haji Awang Kenali’ di dalam majalah ini. Majalah ini memainkan peranan penting dalam mencetuskan kesedaran masyarakat Islam di dalam dan luar Kelantan. Buah fikiran Tok Kenali dalam majalah Pengasuh adalah sumbangan besar pada pemikiran Islam di Nusantara.
Tok Kenali juga menulis beberapa buah kitab antaranya Kitab Mujarobat dan Kitab Tasyif. Karya-karya ilmiah Tok Kenali diabadikan di dalam buku-buku seperti Pusaka Tok Kenali dan Warisan Tok Kenali.

REFORMASI MELAYU

Walaupun Tok Kenali terkesan dengan idea reformasi Muhammad Abduh di Timur Tengah, pendekatan Tok Kenali tidaklah seredikal Muhammad Abduh. Malah beliau menggunakan kaedah yang berhikmah. Ini dapat dilihat apabila beliau mewujudkan kurikulum sekolah yang berintegrasi antara pondok lama dan subjek-subjek moden seperti sejara, geografi dan bahas inggeris di Sekolah Maahad Muhammadi, Kelantan.
Usaha beliau berjaya membawa ramai anak melayu ke Pusat-pusat Pengajian Tinggi. Beliau menggesa masyarakat Melayu menukar cara pemikiran dan sikap supaya dapat memajukan bangsa dan negara sebagaimana keadaan di Barat. Beliau menekankan kepentingan ilmu pengetahuan di dalam mencapai kejayaan dunia dan akhirat.
Dalam berdakwah, Tok Kenali gemar menyelitkan cerita-cerita dalam pengajaran dakwahnya. Dengan demikian, pelajar-pelajar beliau tidak pernah jemu mendengar kuliah-kuliah beliau. Beliau sedar seorang pendakwah perlu memahami realiti dan psikologi masyarakat setempat.

PENGHORMATAN MASYARAKAT SETEMPAT

Tok Kenali hidup secara sederhana, iaitu seperti seorang sufi. Cara hidup beliau banyak dipengaruhi oleh cara hidup Imam Ghazali. Beliau tidak suka bergantung kepada orang lain. Tok Kenali tidak pernah menyakiti hati orang lain walaupun kepada kaki arak ataupun kaki judi. Malah, beliau menggunakan cara yang berhikmah dalam menasihati mereka.
Beliau seorang yang pemurah dan merendah diri. Masyarakat setempat menyayangi beliau dan menggelar beliau Tok Kenali sebagai penghormatan kepadanya. Antara yang terpengaruh dengan ajaran Tok Kenali adalah Sheikh Idris Marbawi dan Haji Abdullah Tahir. Malah pengeruh dan kemasyhurannya tersebar keseluruh Nusantara.
Tok Kenali dianggap wali oleh sesetengah pihak. Pernah suatu masa beliau member amaran Kelantan akan dilanda banjir besar. Sebulan kemudian, pada Disember 1926, sebagaimana amaran beliau, Kelantan benar-benar dilanda banjir besar yang dikenali sebagai ‘Bah Air Merah’. Pada 19 November 1933, Tok Kenali meninggal dunia pada usia 65 tahun kerana sakit.

This slideshow requires JavaScript.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s