BURHANUDDIN AL-HELMY

Posted: December 30, 2010 in Tokoh-Tokoh Islam

Amir Burhanuddin Bin Ungku Muhammad Nor dilahirkan pada bulan Ogos 1911 di Cangkat Tualang, Perak. Ibu bapa beliau berasal daripada keturunan yang berpegang dengan ajaran Agama Islam. Ibunya Syarifah Zahrah Binti Habib Osman, berasal daripada golongan atas masyarakat Masyarakat Melayu manakala bapa beliau adalah daripada golongan bangsawan Melayu di Sumatera Barat.

Kisah disebalik panggilan al-Helmy ini bermula apabila rakan-rakan bapanya sendiri memanggil bapanya dengan Abi Halim. Hal ini adalah disebabkan sikap Haji Muhammad Nor yang tidak mementingkan kebendaan dan kemewahan. Beliau suka senyum dan tidak mudah marah. Lama-kelamaan Abi Halim ditukar menjadi al-Helmy yang bermaksud ‘orang yang tidak pemarah’. Burhanuddin al-Helmy kemudian menggunakan panggilan al-Helmy ini pada hujung namanya.

PENDIDIKAN

Burhanuddin mendapat asuhan dan bimbingan agama secara tidak formal daripada ibu bapanya semenjak dari kecil lagi. Beliau sudah pandai bersembahyang sejak berusia 3 tahun dan khatam al-Quran semasa berusia 10 tahun. Pendidikan formal beliau bermula di Sekolah Kebangsaan Behrang Ulu Tanjung Malim dan kemudian di Sekolah Melayu Bakap sehingga darjah 3. Seterusnya, beliau bersekolah di Kota Bahru hingga tahun 1923.

Burhanuddin menerima pendidikan menengah mulai tahun 1924 di Sekolah Agama Sg Jambu. Sumatera Barat. Di sekolah tersebut beliau berguru dengan ulamak-ulamak muda yang berfahaman progresif hingga tahun 1926. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah. Tidak sampai setahun kemudian, beliau bertukar ke Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiah, Pulau Pinang. Beliau berjaya menamatkan kelas thanawi pada tahun 1928.

Semasa beliau belajar di Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiah, tiga orang tokoh yang rapat dengan beliau adalah Hj Arshad al-Bawaih iaitu seorang pakar Nahu Bahasa Arab, Ashiran Yaakub yang merupakan seorang penulis dan Syekh Abu Bakar al-Rafie mudir Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiah. Burhanuddin mendapat tawaran biasiswa daripada hartawan-hartawan India Muslim dari Pulau Pinang. Melalui biasiswa tersebut beliau menyambung pelajaran ke Universiti India.
Beliau memilih bidang homeopati dan berjaya menamatkan pangajian hingga ke pringkat ijazah Kedoktoran di Ismaeliah College, New Delhi. Malah beliau adalah anak Melayu pertama yang mempunyai Ijazah Kedoktoran dalam bidang Homeopati. Menurut kajian, beliau turut mempunyai beberapa Ijazah Kedoktoran lain seperti Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Islam Aligarh, India.

Disana juga beliau berkenalan dengan Muhammad Ali Jinnah, pengasas Negara Pakistan dan Bapa Kemerdekaan India Mahatma Ghandi. Sepanjang pengajiannya, beliau mempelajari lima bahasa iaitu Bahas Arab, Inggeris, Belanda, Perancis dan Jerman. Sebelum pulang ke Malaysia beliau sempat melawat ke Palastin pada tahun 1935. Semasa di Palestin beliau bersama perjuangan rakyat Palestin dalam menentang Deklarasi Belfour yang dikemukakan oleh pihak British untuk menubuhkan Negara Israel. Akibatnya beliau ditahan disana beberapa bulan.

KEPERIBADIAN SUFI-HARAKI

Gelaran al-Helmy pada hujung nama beliau benar-benar mencerminkan keperibadian Burhanuddin yang lebih suka berdiam diri, bersopan santun dan penyabar. Beliau mesra bergaul dengan golongan bawahan tanpa prasangka negative. Malah, sikap ini juga ditonjolkan baik pada seteru politiknya. Walaupun beliau daripada keturunan bangsawan dan bergelar doktor, beliau berjiwa rakyat.

Pendidikan agama yang diperolehi daripada ibu bapanya hingga ke India menjadikan beliau seorang yang alim. Beliau sering berzikir dan mengerjakan solat tahajjud. Beliau juga menghabiskan banyak masa lapangnya dengan membaca dan menulis. Rakan rapatnya menghuraikan beliau sebagai sufi yang fasih dalam pelbagai bahasa dan doktor yang berjuang dalam bidang politik.

KARIER POLITIK

Memulakan kerjaya beliau dengan mengajar Bahasa Arab di Sekolah al-Junied, Singapura pada tahun 1935.Beliau turut aktif di dalam Pergerakkan Islam Jamatul Islam Singapura. Pada tahun 1937, beliau menerbitkan sebuah akhbar yang bernama Taman Bahagia, yang mana akhbar ini terang-terangan menentang penjajahan British. Sebaik sahaja akhbar ini diedarkan, beliau ditahan oleh polis cawangan khas Singapura. Setelah dibebaskan , beliau membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah klinik Homeopati di Singapura dengan bantuan seorang doktor yang bernama N. Rajah.
Pada tahun 1939, pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) membawa masuk Burhanuddin ke dalam KMM. Namun beliau tidak begitu seaktif pemimpin-pemimpin KMM yang lain seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam dan Ishak Hj Mohammad. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, beliau dilantik menjadi Penasihat Adat Istiadat dan Kebudayaan Melayu, satu jawatan tinggi bagi orang tempatan.

Menerusi jawatan itu beliau dapat membantu melindungi pusat pendidikan Islam yang terkemuka pada ketika itu iaitu Maahad Al-Ihya As-Syarif di Gunung Semanggol, Taiping, Perak. Institusi ini banyak melahirkan pendidik dalam jurusan agama. Beliau juga mengambil kesempatan mengenali Pengetua Maahad ini iaitu Ustaz Abu Bakar Baqir, yang juga merupakan seorang ulamak.

Pada tahun 1945, Burhanuddin dan pemimpin-pemimpin KMM lain menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia (KRIS) dalam usaha memerdekakan Tanah Melayu dan Indonesia serentak. Selepas persetujuan bersama dicapai antara KRIS, Pihak Jepun dan Sukarno dari Indonesia, mereka akan mengumumkan kemerdekaan Melayu Raya (gabungan Malaysia-Indonesia) pada 17 Ogos 1945. Malangnya Jepun terpaksa menyerah kalah kepada kuasa Berikat 14 Ogos 1945, ini menyebabkan kuasa Berikat kembali mencengkam di Tanah Melayu.

Burhanuddin terus memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu menerusi penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), sebuah pertubuhan politik yang terawal di Tanah Melayu pada Oktober 1945. PKMM bersama 39 pertubuhan Melayu lain mewujudkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau UMNO pada 11 Mei 1946. Faktor utama kewujudan UMNO adalah mahu menentang Malayan Union yang digagaskan oleh British. Selepas Malayan Union dibatalkan, PKMM keluar dari UMNO kerana tidak mahu jadi alat penjajah.

Pada penghujung tahun 1947, Burhanuddin mengetuai perwakilan Tanah Melayu ke Inter-Asian Relations Conference di New Delhi. Disana beliau berbincang bersama pemimpin-pemimpin kemerdekaan lain yang menentang penjajahan Negara-negara Asia. Pada Mac 1948, beliau terlibat menubuhkan Parti Hizbul Muslimin. Pada Jun 1948, British mengisytiharkan darurat dan pemimpin-pemimpin PKMM dan Hizbul Muslimin ditangkap. Namun beliau dibebaskan stahun kemudian.

Pada tahun 1955, Burhanuddin dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pemuda di Kongres Pemuda Melayu SeMalaya bagi mewakili Tanah Melayu ke Persidangan Afri-Asia di Bandung, Indonesia. Pada tahun 1956, beliau menyertai Parti Islam SeTanah Melayu. Pada Disember tahun yang sama, beliau dipilih sebagai Yang DiPertua Agung parti dalam Muktamar Tahunan kelima PAS. Beliau berjaya memenangi kerusi Parlimen Besut, Terengganu pada Pilihan Raya Umum 1959.

Pada Januari 1965, Burhanuddin sekali lagi dipenjarakan. Kali ini beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dituduh menyebelahi Indonesia dalam Konfrantasi Indonesia-Malaysia. Beliau menghidap penyakit lelah sepanjang ditahan di bawah ISA dan dibebaskan pada Mac 1966. Tiga tahun selepas itu iaitu pada Oktober 1969, beliau menghembuskan nafas terakhir kerana penyakit itu.

SUMBANGAN

Burhanuddin banyak menyumbang kepada kemerdekaan Tanah Melayu melalui pengelibatan aktif dalam politik dan penulisan beliau menjurus kepada bidang perubatan, politik Islam, falsafah, dan keagamaan (tasawuf). Antara buku karangan beliau adalah Sejarah Perubatan, Ugama dan Politik, Ideologi Politik Islam, Falsafah Kebangsaan Melayu dan Perjuangan Kita.
Karya-karya beliau mengenai falsafah Homeopati dan Biokimia menjadi rujukan utama para pelajar Homeopati di Malaysia bagi dua dekat pertama. Pemikiran beliau juga banyak mencorakkan politik Tanah Melayu terutamanya perjuangan yang berteraskan kemerdekaan tanah air, Islam dan bangsa Melayu. Antara bait-bait kata-katanya yang terkenal adalah:

“Di atas runtuhan Kota Melaka
Kita bangunkan jiwa merdeka,
Bersatulah Melayu seluruh baka,
Membela hak keadilan pusaka….”

Beliau turut dianugerahkan pingat emas Commander of World Order of Human, Geneva pada 15 November 1959 kerana sumbangannya dalam bidang Homeopati

This slideshow requires JavaScript.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s