SYEIKH SYA’RAWI

Posted: January 10, 2011 in Tokoh-Tokoh Islam


Nama sebenar beliau adalah Muhammad Bin Mutawalli Sya’rawi Husaini. Beliau dilahirkan pada 15 April 1911 di Daqadus, Daqaliyah, Mesir. Ibu dan bapa beliau daripada kalangan orang baik dan mulia. Beliau dibesarkan dalam kalangan keluarga petani.

PENDIDIKAN

Muhammad menghafal Quran pada usia 11 tahun. Kemudian beliau mendapat pendidikan formal di Madrasah Ibtida’iyah Azhar Zaqaziq pada tahun 1916. Pada tahun 1923, beliau menyambung di peringkat menengah di sekolah yang sama. Semasa di sekolah menengah, beliau aktif berpersatuan. Beliau menyukai bidang kesusasteraan Arab dan Syair. Beliau dilantik menjadi Ketua Persatuan Pelajar dan Ketua Persatuan Kesusasteraan di Zaqaziq. Semasa Perdana Menteri Mesir, Mustafa Nahas basya dipecat oleh pemerintah, Muhammad berada di barisan paling depan berdemonstrasi menentang pemecatannya. Beliau mengungkapkan kegeraman beliau pada peristiwa itu melalui syairnya di Daqadus. Ini mengundang kemarahan pemerintah dan akibat daripada itu beliau diburu dan dipenjarakan.
Pada tahun 1930 beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Agama Zaqaziq. Kemudian beliau berjaya memeperolehi Sijil Agama pada tahun 1936. Pada tahun 1937, beliau melanjutkan pelajar ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Bahasa Arab. Semasa di Universiti, beliau aktif berpersatuan. Masanya di university digunakan dengan baik sebagai seorang mahasiswa.
Beliau berjaya memperolehi ijazah Pertama di Universiti al-Azhar pada tahun 1941. Pada tahun yang sama beliau menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana. Beliau membuat pengkhususan dalam bidang bahasa arab. Pada tahun 1943 beliau memperolehi sarjana dalam bidang bahasa arab.

KERJAYA

Selepas tamat belajar, beliau ditawarkan bekerja sebagai guru agama dan bahasa arab di Maahad Tanta. Kemudian beliau menjadi guru di Kolej Zaqaziq dan seterusnya di Kolej Agama Iskandariah. Pada tahun 1950 beliau menjadi guru agama di Koleh al-Anjal Arab Saudi. Kemudian beliau ditawarkan bekerja sebagai pensyarah Sariah di Universiti Ummul Qura, Mekkah hingga tahun 1963.
Pada tahun 1963, Presiden Jamal Abdul Nasir tidak membenarkan beliau pergi ke Arab Saudi kerana krisis diantara pemerintah kedua-dua Negara. Bagi merealisasikan arahan itu, Jamal abdul Nasir melantik beliau sebagai Pengarah di Pejabat Syekh al-Azhar, Syekh Hassan Ma’mun. Seterusnya beliau dilantik menjadi Wakil al-Azhar dan bertugas di Algeria selama tujuh tahun.
Beliau pulang semula ke Mesir dan dilantik sebagai Pengarah Kementerian Wakaf, Negeri Gharbiyah. Beliau menjadi Menteri Wakaf selama dua tahun iaitu dari tahun 1976 hingga tahun 1978. Semasa menjadi menteri, beliau menjalankan amanah dan tugasnya dengan baik. Beliau seorang yang pemurah dan suka menafkahkan pendapatan yang diperolehinya kepada para pelajar dan orang miskin.
Sebagai menteri, beliau sentiasa berjumpa dan berinteraksi dengan orang lain. Oleh kerana beliau merasakan jawatannya sebagai menteri tidak dapat menyumbang kepada Islam dengan baik, beliau melepaskan jawatan itu. Kemudian beliau berpindah ke Arab Saudi dan menjadi pensyarah di Universiti Raja Abdul Aziz.

DAKWAH


Muhammad dikurniakan kefahaman yang mendalam di dalam bidang agama. Sepanjang 20 tahun beliau dalam arena dakwah, beliau menyampaikan ilmu dan khutbah pada setiap Jumaat di Masjid Arba’en di kampungnya dan dua buah masjid di Kaherah. Cara penyampaiannya yang ringkas dan mudah difahami berjaya menarik perhatian ramai. Beliau juga suka berdampingan dengan golongan muda dan sayangkan kanak-kanak.
Sebagai seorang pendakwah, beliau sering menghidupkan malamnya dengan ibadah kepada Allah. Sahabat karib beliau pernah melaporkan beliau boleh bersolat tahajjud sebanyak 70 rakaat pada satu malam. Bibir beliau sering dibasahi sengan zikir dan selawat.
Muhammad banyak menulis buku, terutamanya tafsir al-Quran. Antara hasil karya beliau ialah Tafsir al-Sya’rawi, Nazarat Fi al-Quran (Pandangan-Pandangan Didalam al-Quran), Mu’jizat al-Quran (Mukjizat Dalam al-Quran), al-Fatawa (Fatwa-Fatwa), al-Islam wa al-Fikri al-Mu’asir (Islam Dan Pemikiran Semasa), dan banyak lagi. Buku-buku beliau diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Sebagai mengenang jasa beliau dalam dakwah, beliau dianugerahkan Pingat Antarabangsa Syahsiayat Islam Dubai.Muhammad sering diundang menyampaikan ceramah di Radio dan Televisyen serta menulis di dalam akhbar dan akhbar.

SIFAT DERMAWAN

Muhammad merupakan seorang dermawan. Beliau menggunakan hasil bayaran penceramah dan menulis untuk bersedekah kepada penduduk Daqadus, Kaherah dan Tanta. Bayaran royaltibuku beliau juga digunakan ke jalan kebajikan.
Gaji beliau semasa menjawat jawatan menteri dinafkahkan kepada para pelajar dan golongan orang yang miskin. Beliau juga mendirikan sebuah sekolah tahfiz bagi penduduk miskin di kampungnya. Beliau turut mendirikan sebuah pusat kesihatan dan masjid di kampong tersebut.

Sifat dermawan Muhammad juga terserlah apabila hadiah yang diberikan oleh Raja Dubai kepada beliau sebanyak US73 juta itu telah didermakan sebahagian pemberian kepada pelajar-pelajar al-Azhar dan selebihnya kepada penghafaz-penghafaz al-Quran serta aktiviti dakwah. Malah urusan berjual-beli, beliau enggan enggan menerima baki wang.
Muhammad sangan cintakan Allah dan Rasul. Ketika beliau berkunjung ke Mekkah dan Madinah, beliau tidak menggunakan alas kaki kerana menjaga kemuliaan kedua-dua tempat tersebut yang dianggapnya tanah suci. Kerana rasa cintanya yang mendalam kepada Allah, beliau bertawaf lebih daripada tujuh kali di Kaabah kadangkala sehingga 28 kali.

MENINGGAL DUNIA


Pada tanggal 17 Jun 1998, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir .

This slideshow requires JavaScript.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s