FATHI YAKAN

Posted: January 26, 2011 in Tokoh-Tokoh Islam


Fathi Yakan dilahirkan di Tarablus, Lubnan pada 9 Februari 1933. Beliau adalah seorang sarjana dan pemimipin gerakkan Islam terkemuka di Lubnan. Beliau memperoleh ijazah doktor falsafah dalam jurusan Pengajian Islam dan Bahasa Arab, walaupun bidang pengajian peringkat sarjananya adalah dalam bidang kejuruteraan.


PENGASAS JEMAAH ISLAM LUBNAN

Beliau dengan rakan-rakannya adalah pengasas gerakan Islam di Lubnan selepas mengunjungi Dr Mustaffa As-Siba’ei di Syria pada tahun 1950an. Beliau diberi kepercayaan menjadi Setiausaha Agong Jemaah Islamiyah Lubnan antara tahun 1962 hingga 1992. Beliau melepaskan jawatan itu selepas menjadi Ahli Parlimen Republik Lubnan. Pada tahun 2006 , beliau menubuhkan gerakkan Islamic Action Front.

PENULISAN

Fathi Yakan juga menulis tidak kurang daripada 32 buah buku. Tulisan-tulisan beliau mengenai dakwah diterjemahkan semula ke dalam pelbagai bahasa utama dunia. Antara tulisan beliau yang terkenal ialah Apa Ertia Saya Memeluk Islam, Golongan Yang Tercicir dan Bahtera Penyelamat.
Sebagai seorang Sarjana, beliau banyak menyertai seminar dan persidangan di seluruh dunia. Antaranya adalah Persidangan Islam Antarabangsa.

PEGANGAN TERHADAP SISTEM PILIHANRAYA

Pada tahun 1992, Fathi Yakan bertanding dalam pilihanraya Lubnan untuk memenangi salah satu kerusi parlimen. Beliau adalah tokoh muslim yang bersinar dalam sinario politik Lubnan semenjak tahun 1996. Namun, pada awalnya beliau menolak kaedah pilihan raya kerana menganggap ia tidak pernah berlaku pada zaman nabi.
Pada tahun 1989, beliau menulis sebuah buku yang berjudul Ihzaruu Al-‘Aids Al-Haraky. Melalui buku tersebut, beliau telah meluahkan pendapatnya mengenai pengelibatan Jemaah Islam ke dalam kancah politik menyebabkan kehancuran harakah Islam, khususnya di Lubanan. Beliau istilahkan fenomena itu sebagai Aids Harakah.
Beliau menyatakan demikian berdasarkan tujuh faktor:
1. Jemaah yang diwujudkan beradsarkan kekaguman pada individu tertentu.
2. Jemaah mengejar kepada kuantiti ahli, bukan membangun ahli yang berkualiti.
3. Jemaah yang dipengaruhi oleh kepentingan luar seperti ekonomi dan politik.
4. Tergesa-gesa meraih kemenangan yang membawa kepada perpecahan dan tergadainya perinsip jemaah
5. Kewujudan pelbagai aliran dan perebutan pengaruh dikalangan pemimpin atau ahli.
6. Campurtangan pihak luar, terutamanya parti politik lain dengan alas an kerjasama dengan jemaah.
7. Tiada kesedaran politik yang menyebabkan jemaah hanyut dalam arus politik semasa.

KEMATIAN YANG DIRATAPI DUNIA

Tanggal 13 Jun 2009, dunia dikejutkan dengan pemergian Fathi Yakan buat selama-lamanya. Beliau menghembuskan nafas terakhir selepas terlantar sakit di Hospital Otel Deo, Berut Lubnan pada usia 76 tahun.

This slideshow requires JavaScript.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s